Thursday 24 January 2019

Al-Imran Ayat 94

4.3.94 
Juz:
4,Surah:3.
Surah 3, Ayat 94:


.
Ringkasan tafsir;
Oleh kerana mereka yang putar belik dan meletak hukum Allah itu bukan pada tempatnya adalah mereka itu telah sesat lagi menyesatkan dan menganiaya diri sendiri.
Maka turunlah ayat ini, sesiapa yang berbuat dusta kepada Allah dengan mendakwa pengharaman daging unta keatas nabi yang terdahulu dan keatas umat mereka sebelum turunnya Taurat sedangkan mereka telah pun diberi penjelasan tentang pengharaman tersebut disebabkan banyak dosa yang telah dilakukan oleh sesuatu umat dari bangsa mereka dan mereka telah diminta untuk membaca hukum dalam taurat tetapi mereka enggan kerana takut akan terbuka kedustaannya, sedangkan Allah tidak mengharamkan sesuatu sebelum Taurat.
Sesungguhnya mereka yang berbuat demikan adalah telah menganiayai pada diri mereka sendiri dan mereka patut menerima seksa dan azab dari Allah.

.

[previous] [next] [home] 


.
RUJUKAN SUMBER, 

Juzuk
4, Surah3  
Terjemahan,
91~100,
[GS]   https://sites.google.com/site/normanajidsite/5/1
Ulasan surah 3;  
[GS]
https://t.co/Kf2lMbI0X8      




Monday 5 November 2018

Al-Baqarah Ayat 258

2.2.258
Juz:3,Surah:2.
Surah 2, Ayat 258:


.
.
Ringkasan tafsir;

Allah kemuka suatu pertanyaan kepada Muhammad, bahawa Raja Namrud telah dikurniakan kekuasaan sebagai raja telah menjadi taghut dan menyesatkan kaumnya. Raja Namrud telah berbantahan berhujah dengan Nabi Ibrahim tentang Allah;

Nabi Ibrahim, “Tuhan aku sahajalah yang menghidupkan dan mematikan”

Raja Namrud, “Aku pun dapat menghidupkan dan mematikan”:.

Nabi Ibrahim, “Allah menerbitkan matahari dari timur, cuba lah engkau terbitkan ianya dari barat !”,
Raja namrud, tidak dapat jawab dan merasa bingong.


Setelah berlaku peristiwa Nabi Ibrahim membinasa dan menghancurkan semua berhala-berhala, maka Raja Namrud telah melempar Nabi Ibrahim kedalam longgokan api yang besar dan didapati Nabi Ibrahim tidak mati malah berasa kesejukan semasa berada dalam timbunan api yang bernyala-nyala.


Oleh itu orang yang sentiasa menganiaya diri sendiri walau sebijak mana pun  nescaya Allah memberi kemenangan kepada perkara baik yang hak. 


.
[previous] [next] [home] 
.

.
RUJUKAN SUMBER;

Juzuk
3, Surah2
Terjemahan, 251~260,
 [GS] https://sites.google.com/site/surahbaniisrail/3/1
Ulasan surah 2;  
[GS]
https://t.co/0EUkXravGr     




Al-Baqarah Ayat 257

2.2.257
Juz:
3,Surah:2.
Surah 2, Ayat 257:
.

Ringkasan tafsir;
Dalam ayat ini Allah menjelaskan bahawa Allah yang menjadi penolong, pemimpin dan pengurus orang yang beriman memberi petunjuk keluar dari kegelapan dan kekufuran kepada menjadi terang selamat kebahagiaan dan keimanan.

Ada pun mereka yang kafir yang menjadikan taghut sebagai pemimpin mereka yang membawa kepada kegelapan dan kufur, yang akan terjerumus kedalam lembah kesesatan yang nyata dan menjadi pengisi neraka yang akan kekal didalamnya selamanya.

.

[previous] [next] [home]
.
.
RUJUKAN SUMBE

Juzuk
3, Surah2
Terjemahan,
251~260,
 [GS] https://sites.google.com/site/surahbaniisrail/3/1
Ulasan surah 2;  
[GS]
https://t.co/0EUkXravGr