Thursday 24 January 2019

Al-Imran Ayat 94

4.3.94 
Juz:
4,Surah:3.
Surah 3, Ayat 94:


.
Ringkasan tafsir;
Oleh kerana mereka yang putar belik dan meletak hukum Allah itu bukan pada tempatnya adalah mereka itu telah sesat lagi menyesatkan dan menganiaya diri sendiri.
Maka turunlah ayat ini, sesiapa yang berbuat dusta kepada Allah dengan mendakwa pengharaman daging unta keatas nabi yang terdahulu dan keatas umat mereka sebelum turunnya Taurat sedangkan mereka telah pun diberi penjelasan tentang pengharaman tersebut disebabkan banyak dosa yang telah dilakukan oleh sesuatu umat dari bangsa mereka dan mereka telah diminta untuk membaca hukum dalam taurat tetapi mereka enggan kerana takut akan terbuka kedustaannya, sedangkan Allah tidak mengharamkan sesuatu sebelum Taurat.
Sesungguhnya mereka yang berbuat demikan adalah telah menganiayai pada diri mereka sendiri dan mereka patut menerima seksa dan azab dari Allah.

.

[previous] [next] [home] 


.
RUJUKAN SUMBER, 

Juzuk
4, Surah3  
Terjemahan,
91~100,
[GS]   https://sites.google.com/site/normanajidsite/5/1
Ulasan surah 3;  
[GS]
https://t.co/Kf2lMbI0X8